Tuesday, May 24, 2011

~ I Wish ~



~Lord, give me the best guidance in order to fix all of my regret now~

Monday, March 8, 2010

sAnGat PeNAt...!!

selasa..

melangkah ke sekolah dengan penuh kepayahan..
camping semalam sangat best, tapi sakit badan..bayangkan saya boleh tidur 14 jam secara berterusan selepas sahaja balik ke rumah..sakit2 badan..
pagi ni rasa sangat lapar..ingatkan boleh sarapan dulu, rupanya kesibukan di sekolah sedang menantiku..haha...

itulah cikgu...ikhlas dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab..

Sunday, February 14, 2010

CUTI OH CUTI

lama tak menjenguk kat blog ni
ntah apa dah jadi
suram je blog ni huhu

sepi, sunyi, bosan...
cuti raya cina ni xtau nak buat apa, so duk rumah ja la.
nak terbang sendiri2 pun dah rasa tak larat.
cuti sabtu, ahad, isnin & selasa ni rasa xda makna sangat, tak boleh buat apa jg.
bosan...bosan...nak jalan tapi malas nak jalan sorang2.
apa boleh buat lerr...

smk sungai soi...
itulah sekolah aku. napa, x percaya? come & see...hehe
sekolah ni cantik. sekolah luar bandar, boleh tahanlah.
nasib baik cuti cuma 4 hari, kalau seminggu, lagilah aku bosan.
nak balik mana? sabah? kL? huh...
tiket ke kL abis...nak baik sabah alang2 pla, cuti tak lama..
so duk kempadang majmur ni je la ya...

oh ya...lupa pla..
SELAMAT TAHUN BARU CINA
kepada semua rakan2 yang berbangsa cina.
untuk aku skali la yang mixed ni haha..
spatutnya sekolah saya tu cuti seminggu sebab saya orang cina,
walaupun celup jer hihi..tak mengapa, janji ada darah sikit2..hoho
tahun ni kalau ikut kalendar cina ialah tahun harimau
saya pun lahir pada tahun harimau..ngaummm..haha
tak la bangga, cuma suka jer..

hari ini cuti, esok pun cuti..
lusa dah kena masuk sekolah
so kena siapkan laporan semua..banyak juga la..
harap2 lecturer akan observed pada minggu satu lg hehe...
malas nak tulis tangan, tulisan cantik sangat..kalau taip tu boleh lah juga..

emmm nak ckp apa lagi..
just nak hilangkan boring..lain kali sembang lagi
walaupun tak tahu bila lain kali tu
tataaaa..

Tuesday, November 3, 2009

TAKLIMAT ROS & BENGKEL INTERNSHIP KAUNSELING

TENTATIF PROGRAM

SELASA (17 NOVEMBER 2009)
8.30 am - Pendaftaran & pembahagian buku manual internship
9.00 am - Taklimat ROS
12.00 t/h - Makan tengahari
2.30 pm - Amanat KJ & Taklimat 1
4.30 pm - Minum Petang
5.00 pm - Taklimat 2
6.30 pm - Makan malam/rehat
8.00 pm - Taklimat 3
9.00 pm - Taklimat 4
10.30 pm - Minum malam/program ditangguhkan

RABU (18 NOVEMBER 2009)
8.30 am - Taklimat 5
9.30 am - Taklimat 6
10.30 am - Minum pagi
11.00 am - Taklimat 7
12.30 t/h - Makan tengahari/rehat/solat
2.00 pm - Taklimat 8
3.15 pm - Taklimat 9
4.30 pm - Minum petang/rehat/solat
5.00 pm - Taklimat 10
6.30 pm - Makan malam/rehat/solat
8.00 pm - Taklimat 11
9.00 pm - Bersama Penyelia Internship
10.00 pm - Minum malam & Program tamat

SILA AMBIL PERHATIAN BEBERAPA PERKARA BERIKUT:
1. Kehadiran WAJIB & akan dicatat. Sebarang masalah sila berjumpa dengan En. Aziz Shah. Kegagalan menghadiri bengkel menyebabkan anda tidak dibenarkan untuk menjalani latihan intership.
2. Sila sediakan wang RM11.00 untuk buku manual internship, WAJIB.
3. Sila berpakaian formal sepanjang program.
4. Makan disediakan.
5. Sila hadir awal pada setiap slot untuk mengelakkan anda terlepas maklumat penting.
6. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TAMBAHAN
1. Unit Latihan Mengajar (ULM) akan mengadakan taklimat praktikum kepada semua pelajar yang akan menjalani praktikum bermula Januari 2010.
2. Jadual taklimat (SESI 1) bagi pelajar FSKPM & Fakulti Bahasa adalah pada 20 November 2009 (Jumaat), jam 9.00 am bertempat di Auditorium Utama.
3. Kehadiran adalah WAJIB & akan diambil.4. Sila bawa kad matrik dan alat tulis bagi tujuan mengisi borang 'exit survey' & lain-lain tujuan.
5. Senarai penempatan pelajarkaunseling & sekolah terlibat adalah TIDAK BERUBAH & MASIH SEPERTI YANG ASAL. Sila abaikan notis pembatalan senarai praktikum yang terdapat di UPSI Portal kerana Program Kaunseling tidak terlibat, ULM hanya update senarai tersebut. RUJUK UPSI PORTAL UNTUK MELIHAT SENARAI UPDATE TERSEBUT. Hubungi Freddy Au atau Fauzi Mansor untuk mendapatkan nama penyelia internship anda.

SEBARANG PERUBAHAN ATAU PENGUMUMAN LANJUT AKAN DIMAKLUMKAN DARI SEMASA KE SEMASA. SILA PEKA DENGAN SEBARANG PERUBAHAN ATAU PENGUMUMAN. MINTA KERJASAMA KEPADA SEMUA PELAJAR KAUNSELING AGAR BERTANYA SENDIRI KEPADA PIHAK PENGURUSAN UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEKELIRUAN. TERIMA KASIH.

Saturday, October 3, 2009

My Family


this is all about my family. miss them so much actually. ok, start di mana ya? kami ada 7 beradik, saya anak ke 6. lelaki ada 5 orang, manakala perempuan 2 orang la. semuanya sihat2 belaka. sekarang kita check gambar di atas. sebenarnya gambar ni diambil masa perkahwinan kakak saya.

barisan paling hadapan, iaitu kanan sekali adalah bapa saya. umur dah mencecah 60 tahun. berasal dari kudat, dan berbangsa sino rungus. kiri sekali paling hadapan adalah emak saya, umur pun dah lebih kurang 60 tahun. berasal dari kota marudu dan berbangsa dusun kimaragang (dulu dikenali sebagai kadazan). itu mengenai ibu bapa saya.

seterusnya cerita tentang adik beradik saya pula. kita tengok barisan belakang, iaitu dua dari kanan. itu abang sulung, sudah berkahwin dengan gadis sarawak. bekerja sebagai pegawai psikologi di JKM kuching, tapi sekarang dah transfer ke KL. dah ada anak perempuan sorang. anak kedua juga lelaki, juga sudah berkahwin, berdiri kanan sekali barisan belakang. mempunyai seorang anak lelaki yang lasak. bekerja dengan timbalan ketua menteri sabah. anak ketiga adalah perempuan, iaitu tiga dari kiri barisan belakang. ketika gambar ini diambil, dia masih bujang (tunang) tetapi ketika ini sudah berkahwin dengan jejaka keningau. sekarang bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah di daerah pitas. suaminya bekerja sebagai pegawai sukan di UMS.

ok, sekarang cerita tentang anak keempat pula. kembali ke baris hadapan, wanita memakai gaun putih. hehe itulah kakak saya. berkahwin dengan pensyarah politeknik KK, iaitu teman sepermainan time kecik2 dulu..hehe..lebih kurang macam tu la. sekarang bekerja sebagai guru di KK dan sebenarnya dia baru melahirkan anak sulung lelaki. dah bertambah anak buah saya. esok2 Ian pun 'jajal' (nakal) juga macam Dann tu. suaminya yang berdiri di sebelah kirinya lah.

ok, ini pula cerita tentang kelab bujang. hehe...paling kiri barisan belakang tu abang saya lah, anak kelima. sekarang bekerja sebagai guru di SMT Kudat, balik juga dia ke sekolah lama. ntah bila nak kawin, tunang pun belum. seterusnya anak keenam, siapa lagi, saya lah. cuba try check, saya yang mana satu? hmm tu dia, tiga dari kanan barisan belakang. sekarang menuntut di UPSI, lagi ada setahun untuk menamatkan pengajian. bakal cikgu lah ni. last sekali, anak ketujuh. berdiri dua dari kiri barisan belakang. sekarang menyambung pengajian di UTHM Johor.

rasa2nya itu saja lah coretan saya hari ini. sekadar membuang masa. tak sabar nak balik kampung nanti. tapi apa2 hal, siapkan kerja dulu. tak siap kerja, tak boleh balik kampung. haha..

Monday, September 28, 2009

Cerita Pria Rahasia

Seorang pria tergesa2 menuju ke lapangan terbang untuk berjumpa dengan kekasih hatinya. Hari ini dia hanya masuk ke kelas sebentar sahaja semata2 untuk memenuhi keinginannya. Rindu membuak2 dalam hati. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa nebes dia ketika itu. Pembentangan ditinggalkan demi kekasih pujaannya. Nah, ditolak 1 markah kata pensyarahnya. Ahh..biarkan...peluang hanya sekali. Gadis itu dipuja selama ini. Namun kali ini bakal bertentang mata buat kali pertama. Selama ini hanya melalui talian di laman maya. Lebih dikenali sebagai YM. Bertemu di laman sosial iaitu Tagged. Ntah bagaimana perasaan itu mulai berputik dalam hati. Dia merasakan mungkin hanya dia yang berperasaan sebegitu. Gadis itu mungkin tidak. Lagi2 mungkin dia sudah dipunyai oleh pria lain.

Cukup ngak duit gue ni? Mungkin itu yang diomongkan oleh pria itu. Untuk mengisi minyak mobil, untuk membayar cukai jalan. Ahh persetankan semua itu..yang penting gue bisa ketemu sama dia. Kapan lagi mau ketemu dia kalau bukan hari ini. Peluang suda ada. Harus bijak mengambil peluang yang ada. Jarak yang jauh mungkin menjadi penghalang, namun pria itu bijak mengira jarak atas pengalaman yang ada. Selama ini pria itu selalu menghantar teman2nya ke lapangan yang sama. Maka harus bijak membuat perhitungan pintar. Tepat pada waktunya, gue harus ketemu dia. Pria itu membuat keputusan. DEMI DIA.

Waduh..hujan di tengah jalan. Gawat macam ni. Harus drive pelan2 dong, pandu cermat jiwa selamat. Namun perjalanan dua jam mungkin saja bisa menghancurkan peluangnya untuk bertemu dengan si dia. Maka pria itu mengambil risiko mengambil jalan pintas ke lapangan, dalam hujan lebat. Mobil2 lain tidak kelihatan pada cermin sisi, hanya bisa dilihat pada cermin belakang. Perlu berhati2 sih. Nah, pemanduan 120 km/j suda bisa mengorbankan jiwa jika tidak berhati2. Lagi2 dalam ribut hujan. Namun, pemanduan diteruskan. Pria itu merasakan yang peluang itu harus direbut walau jiwa menjadi risiko di atas jalan. Dua jam perjalanan ke lapangan bukan tempoh yang singkat.

Waduh sekali lagi..akibat nebes, pria itu sesat jalan. Padahal selama ini dia tidak pernah sesat untuk ke sana. Silap mengambil lorong. Akhirnya bertemu dengan pak polisi untuk bertanyakan arah mana yang paling dekat untuk ke lapangan. Terima kasih pak!! Namun silap lorong sekali lagi. Pria itu lalu ke lorong yang salah sekali lagi. Nasib baik cuma roundabout, maka boleh pusing sekali lagi. Nah..akhirnya lapangan suda ada di depan mata. Dub dab...dub dab...kencang saja jantungnya saat pria itu melewati pintu masuk lapangan. Parkir saja mobil di tepi jalan. Biarin bapak polisi itu. Pria itu masuk ke dalam untuk segera bertemu dengan dia, tetapi dia lagi sedang check in bersama teman2nya. Pria itu segera ke luarke mobilnya, segan katanya. Tiba2 bapak polisi datang, mahu memberi denda akibat parkir di tempat yang salah. Pria itu pantas melarikan mobil itu ke tempat lain.

Teman2 sekelas mulai menelefon pria itu, bertanyakan kenapa ngak masuk ke kelas terakhir. Pria itu segera menjawab dia lagi berada di lapangan untuk ketemu sama gadis itu. Pria itu masih menunggu gadis itu. Masuk sekali lagi ke dalam ruang lapangan. Akhirnya pria itu hampir bisa ketemu sama dia. Gadis itu memakai t-shirt putih, dengan sweater warna pink. Manis kelihatannya. Agak kurang yakin untuk menegurnya kerana takut tersalah orang. Lagi2 hati pria itu sedang berdegub kencang. Gawat..tegar sungguh!! Pria itu tersenyum saat gadis itu lagi melambai2kan tangan ke arahnya sambil memgendong beg komputer tiba dan teddy bear yang lucu (comel).

Manis sungguh pertemuan itu. Segalanya tidak dirancang. Secara kebetulan, atas niat meminjamkan barang agar terus dapat berhubungan walau dia jauh di sana. Niat suci. Namun pria itu sangat nebes, sehingga melarikan pandangan mata jauh ke tempat lain saat berbicara dengannya. Ahh manis sungguh gadis ini, kata pemuda itu. Namun pada satu saat, pria itu seakan mempunyai keberanian untuk merenung jauh ke dalam mata gadis itu. Seakan ada arus elektrik bermain ketika itu. Renungan itu dibalas buat seketika, membuatkan pria itu menjadi kelu. Mungkin gadis itu tidak menyedarinya. Ahh biarin sahaja, asal diriku sendiri yang tau dan merasainya, sudah memadai bagiku. Pria itu bermonolog.

Saat berlalu begitu pantas. Menyadari sudah sampai waktu untuk gadis itu berlepas, dengan hati berat melepaskannya juga. Hanya lambaian tangan dan pandangan mata yang mengiringinya. Sedih hati pria itu, namun pergorbanan itu besar balasannya kelak. Moga2 dia memahami isi hatiku kata pria itu.

Pria itu pantas masuk ke mobil memandu laju untuk balik. Sempat mengisi minyak, kemudian memandu pulang. Lapar, letih, mengantuk....hatinya masih nebes. Teringat wajahnya yang comel namun agak kurus dibandingkan dengan fotonya. Cantik rambutnya. Waduh...pria itu mengetuk dahinya kerana niat untuk mengambil foto bersama gadis itu terlupa. Penyesalan mula bermain dalam hati.

Sampai ke rumah pada lewat sore, selepas memandu lebih dari dua jam, pria itu mengemas barang miliknya. Memarkir mobil di depan rumah. Menukar pakaian, membasuh muka, kaki.. Kemudian terus berbaring di atas katil yang empuk menyebabkan pria itu terus tertidur.


Woii bangun!!! Lewat malam ni, gih mandi cepat..pria itu dikejutkan oleh teman serumahnya. Rupanya pria itu tertidur di ruang tamu selepas menonton televisyen. Hahahaa...pria itu ketawa sendirian apabila mengenangkan mimpi bertemu gadis itu. Hatinya berdetik, wujudkah gadis perfect seperti itu? Kalau wujud, layakkah gue untuknya? Mau kah dia sama gue, lagi2 kalau dia sudah dipunyai? Padankah gue dengan wajah cantiknya?

Moga2 ia akan menjadi pengalaman sebenar suatu masa nanti. Mudah2an, segala persoalan ini akan terjawab apabila tiba pada masanya.


Adaptasi sumber : Jogjakarta

Sunday, September 20, 2009

MICHEAL OWEN FACT-FILE

1979: Born December 14, Chester.

1995: Beats the goalscoring record of Kevin Gallen and Nick Barmby for England Under-15s.

1996: Helps Liverpool win the FA Youth Cup in May and signs professional terms on 17th birthday after previously joining them as a schoolboy.

1997: May 6 - Scores on his first-team debut against Wimbledon at Selhurst Park.

September 16 - Scores on European debut against Celtic in UEFA Cup.

November 18 - Nets his first senior hat-trick against Grimsby in the Coca-Cola Cup.

December 17 - Scores on his debut for England Under-21s.

1998: February 2 - Named in Glenn Hoddle's senior squad for the first time.

February 11 - Becomes youngest England international of the 20th century when he starts against Chile.

February 14 - Scores his first Premier League hat-trick against Sheffield Wednesday. Finishes season joint-top scorer in the Premier League with 18 goals.

May 31 - Named in England's World Cup squad of 22.

June 22 - Scores after coming on as substitute against Romania but England lose 2-1.

June 30 - Scores a sensational goal against Argentina before England bow out of France 98 on penalties.

December 13 - Named BBC Sports Personality of the Year, one day before his 19th birthday.

2000: June - Named in Kevin Keegan's Euro 2000 squad.

2001: May - Scores twice in the last seven minutes as Liverpool come back to beat Arsenal 2-1 in the FA Cup final at the Millennium Stadium.

September 1 - A hat-trick helps England to an historic 5-1 win over Germany in the World Cup qualifier in Munich.

December 17 - Named European Footballer of the Year.

2002: April 16 - Named as stand-in England captain for friendly against Paraguay.

June - Scores goals against Denmark and Brazil during England's run to the quarter-finals of the World Cup in Japan.

2003: April 26 - Scores his 100th Premier League goal, the second of four in a 6-0 rout of West Brom.

June 11 - Making 50th England appearance, captains the side in the absence of David Beckham and nets twice in 2-1 Euro 2004 qualifying defeat of Slovakia at Riverside Stadium.

September 24 - Breaks Ian Rush's Liverpool record, scoring his 21st goal in European competition with a header against Olimpija Ljubljana in the UEFA Cup first round 1-1 draw in Slovenia.

2004: June - Scores one goal for England in Euro 2004 - in the quarter-final defeat to Portugal.

August 12 - Sources close to Real Madrid reveal the Spanish club have agreed to give Liverpool £8million and Antonio Nunez for the services of Owen.

August 13 - Passes medical with the Spanish giants.

2005: May 23 - After scoring 16 goals in his debut season in Spain, states his intention to stay with Real Madrid despite reported interest from Newcastle.

August 3 - After Real Madrid sign Robinho and Julio Baptista, Owen admits he has had ``brief dialogue with three or four Premiership clubs''.

August 30 - Owen signs four-year deal with Newcastle, sealing £17million permanent transfer.

September 18 - Opens scoring in his second Magpies game - a 3-0 win at Blackburn - and follows up in the next game with winner against Manchester City at St James' Park.

October 12 - Takes England goal tally to 33 with first goal of the World Cup qualifier against Poland - equalling Gary Lineker's competitive record of 22 for England.

December 17 - Scores first hat-trick for Newcastle in 4-2 win at West Ham.

December 31 - Breaks metatarsal bone in defeat at Tottenham and is ruled out for ``several months''.

2006: March 24 - Newcastle announce Owen requires surgery to tighten the screw inserted into his foot during the initial operation.

June 20 - Regains fitness to take his place at the World Cup but injures his knee in first minute of group game against Sweden in Cologne and is immediately replaced. Ruled out for at least nine months.

2007: April 15 - Newcastle chairman Freddy Shepherd says Newcastle may seek an injunction to stop Owen playing for England in the Euro 2008 qualifier against Estonia in June.

April 30 - Owen makes first competitive start in over 10 months, playing the full 90 minutes as Newcastle lose 1-0 to Reading at the Madejski Stadium.

September 29 - Owen undergoes a hernia operation, which proves such a success he is expected to return to action in time for England's Euro 2008 games.

2008: January 19 - Appointed Newcastle captain by new manager Kevin Keegan.

2009: May - Finishes the season with 10 goals as Newcastle are relegated from the Premier League on the final day.

June 22 - Confirms that he will not be renewing his contract with Newcastle.

July 1 - Becomes a free agent after his Newcastle contract runs out.

July 3 - Reports link Owen with free transfer to Manchester United and he later signs a two-year contract with the champions after passing medical tests.

August - Makes United league debut as a substitute against Birmingham, scoring a first competitive goal against Wigan six days later.

September 22 - Claims a dramatic winner in the sixth minute of injury time to seal a 4-3 win over local rivals Manchester City.