Saturday, October 3, 2009

My Family


this is all about my family. miss them so much actually. ok, start di mana ya? kami ada 7 beradik, saya anak ke 6. lelaki ada 5 orang, manakala perempuan 2 orang la. semuanya sihat2 belaka. sekarang kita check gambar di atas. sebenarnya gambar ni diambil masa perkahwinan kakak saya.

barisan paling hadapan, iaitu kanan sekali adalah bapa saya. umur dah mencecah 60 tahun. berasal dari kudat, dan berbangsa sino rungus. kiri sekali paling hadapan adalah emak saya, umur pun dah lebih kurang 60 tahun. berasal dari kota marudu dan berbangsa dusun kimaragang (dulu dikenali sebagai kadazan). itu mengenai ibu bapa saya.

seterusnya cerita tentang adik beradik saya pula. kita tengok barisan belakang, iaitu dua dari kanan. itu abang sulung, sudah berkahwin dengan gadis sarawak. bekerja sebagai pegawai psikologi di JKM kuching, tapi sekarang dah transfer ke KL. dah ada anak perempuan sorang. anak kedua juga lelaki, juga sudah berkahwin, berdiri kanan sekali barisan belakang. mempunyai seorang anak lelaki yang lasak. bekerja dengan timbalan ketua menteri sabah. anak ketiga adalah perempuan, iaitu tiga dari kiri barisan belakang. ketika gambar ini diambil, dia masih bujang (tunang) tetapi ketika ini sudah berkahwin dengan jejaka keningau. sekarang bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah di daerah pitas. suaminya bekerja sebagai pegawai sukan di UMS.

ok, sekarang cerita tentang anak keempat pula. kembali ke baris hadapan, wanita memakai gaun putih. hehe itulah kakak saya. berkahwin dengan pensyarah politeknik KK, iaitu teman sepermainan time kecik2 dulu..hehe..lebih kurang macam tu la. sekarang bekerja sebagai guru di KK dan sebenarnya dia baru melahirkan anak sulung lelaki. dah bertambah anak buah saya. esok2 Ian pun 'jajal' (nakal) juga macam Dann tu. suaminya yang berdiri di sebelah kirinya lah.

ok, ini pula cerita tentang kelab bujang. hehe...paling kiri barisan belakang tu abang saya lah, anak kelima. sekarang bekerja sebagai guru di SMT Kudat, balik juga dia ke sekolah lama. ntah bila nak kawin, tunang pun belum. seterusnya anak keenam, siapa lagi, saya lah. cuba try check, saya yang mana satu? hmm tu dia, tiga dari kanan barisan belakang. sekarang menuntut di UPSI, lagi ada setahun untuk menamatkan pengajian. bakal cikgu lah ni. last sekali, anak ketujuh. berdiri dua dari kiri barisan belakang. sekarang menyambung pengajian di UTHM Johor.

rasa2nya itu saja lah coretan saya hari ini. sekadar membuang masa. tak sabar nak balik kampung nanti. tapi apa2 hal, siapkan kerja dulu. tak siap kerja, tak boleh balik kampung. haha..