Friday, May 1, 2009

Pepatah baru dalam Bahasa Melayu versi 1Bihun Malaysia


Berikut merupakan antara pepatah dan peribahasa baharu yang diperkenalkan melalui 1Bihun Malaysia

1. Terperanjat bihun: Terperanjat yang tidak begitu terperanjat.

Contoh ayat - Zinni terperanjat bihun apabila disergah temannya, Zan.

2. Seram bihun: Tidak begitu seram.
Contoh ayat - Pengulas filem terkenal Manisha berpendapat filem Rasukan Ablasa hanyalah seram-seram bihun sahaja.

3. Lemah bihun: Betul-betul lemah, sangat lemah.
Contoh ayat - Bohsia yang dibelasah sekumpulan mat rempit itu ditemui lemah bihun ditepi belukar berdekatan Kampung Cubadak.

4. Buta bihun: Pura-pura tidak nampak.
Contoh ayat - Yasmin sengaja membuta bihun apabila bertembung dengan Ammar.

5. Putih bihun: Putih yang tidak begitu melepak, putih yang menyamai putihnya warna bihun mentah.
Contoh ayat - Nabil mencintai Erma kerana kulit teman wanitanya itu putih bihun.

6. Seronok bihun: Terlalu seronok sehingga mengalir air mata.
Contoh ayat - Kami seronok bihun pada malam keraian kelmarin.

dicedok daripada laman blog faisal tehrani


untuk keterangan lanjut, sila layari http://tehranifaisal.blogspot.com

p/s: betul2 menarik, jangan x baca..haha

No comments:

Post a Comment