Sunday, April 26, 2009

~Junior Eysenk Personality Inventori (JEPI)~


INVENTORI PERSONALITI


Personaliti adalah organisasi dinamis sistem-sistem psikofizikal dalam diri individu yang menentukan ciri- ciri tingkahlaku dan pemikirannya. Inventori atau ujian personaliti pula adalah alat ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti ciri- ciri atau tret- tret personaliti individu. Pada umumnya, ujian ataupun inventori personaliti terbahagi kepada dua jenis utama iaitu berbentuk projektif dan bukan projektif ( Kathleen, 1978 dalam Sidek Mohd Noah, 2005).


Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) telah diperkenalkan oleh Hans Jurgan Eysenck menggunakan pendekatan faktorial. Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947 melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang yang mengalami neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama adalah faktor Neurotisme (N) dan faktor Ekstroversi (E).


Neurotisme / stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang skornya melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12 mewakili keaadaan yang stabil. Begitu juga dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi/ Introversi yang skornya melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan skor kurang daripada 12 termasuk dalam keadaan yang introvert. Sekiranya skor yang diperolehi individu untuk skala N ialah 12, individu berkenaan berkecenderungan untuk menunjukkan kedua-dua ciri tersebut iaitu kadang-kadang stabil dan kadang-kadang juga menunjukkan ciri-ciri neurotik yang lemah. Begitu juga jika skor yang diperolehi untuk skala E ialah 12, individu akan menunjukkan ciri-ciri yang tidak telalu instrovert dan tidak terlalu ekstrovert.


Sejarah pembinaan alat ukuran JEPI bermula apabila Eynsenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenal pasti bersama isterinya, Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu dimensi personaliti (Eysenck 1952). Alat ukuran MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality Inventori (MPI) telah dihasilkan.



Alat ukuran MPI dikatakan berupaya mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstrovensi. Alat ukuran ini kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).


KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


Kebolehpercayaan


Konsisten Dalaman


Sebagai perkara JEPI adalah dinilai dengan sebuah sistem penduaan dan bukan berterusan dengan pembolehubah, 20 kaedah Kuder-Richardson telah digunakan untuk menentukan konsisten dalaman pekali-pekali alfa Kuder-Richardson yang menunjukkan ciri-ciri ekstroversi, neuroticism, psychoticism, dan berbaring adalah masing-masing 0.78, 0.65, 0.42, dan 0.64.


Kebolehpercayaan (Ujian-ujian kembali) Test-retest


Untuk menguji semula kebolehpercayaan ujian JEPI, skala ini ditadbirkan kepada 21 universiti pelajar-pelajar 2.5 minggu selepas pentadbiran pertama. Pekali korelasi Pearson adalah dikira dan didapati sangat penting. Ujian menguji semula kebolehpercayaan ekstroversi, neuroticism, psychoticism dan cirri-ciri bohong adalah masing-masing 0.84, 0.82,0.69, dan 0.69.


Kesahan


Hubungan antara subskala JEPI, dan FSI-III, SPPRS-C subskala ( ibu lindungan lampau, mengasuh penolakan, mengasuh emosional kemesraan, bapa lindungan terlampau, penolakan bapa, dan bapa kemesraan emosional), dan RSES telah diperiksa teratur untuk menilai kesahihan konstruk skala, dan hasil-hasil disediakan dalam Jadual II, termasuk hubung kait antara dimensi rendah. Hubung kait antara 3 subskala JEPI, dan SPPRS-C, FSI-III, dan RSES adalah didapati berada pada arah dijangkakan.


INTERPRESTASI JEPI


Personaliti Melankolik – Kuadran I


Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku, pendiam, tidak peramah, pesimis dan nampak tenang.


Personaliti Kolerik – Kuadran II


Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah berubah, impulsif, optimistik dan aktif.


Personaliti Phlegmatik – Kuadran III


Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal, jujur, boleh diharapkan dan tenteram.


Personaliti Sanguine – Kuadran IV


Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas, kepimpinan, bersemangat, dan selesa.


NOTA: INI SEKADAR MAKLUMAT RINGKAS, SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA. SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGAMBIL UJIAN PERSONALITI INI, BOLEHLAH BERJUMPA DENGAN YANG PAKAR.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment